MEMBELI RUMAH

Sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah, pembeli perlu membuat tinjauan (survey). Antaranya, memastikan kedudukan dan kekuatan kewangan syarikat pemaju perumahan. Banyak kes yang kita baca di media cetak dan elektronik mengenai kisah-kisah pembeli yang terpaksa menanggung kerugian berganda apabila rumah yang diidam tidak siap hingga bertahun menunggu. Dalamasa sama terpaksa membayar sewa rumah secara berterusan. Pembeli dinasihatkan membuat lawatan ke syarikat pemaju bagi memastikan;

  • samada pemaju mempunyai lesen pemaju perumahan, permit iklan dan jualan yang diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  • menyemak kewangan pemaju, pengarah-pengarah syarikat, kunci kira-kira beraudit terakhir syarikat.

Lain-lain tindakan;

  1.  
    1. Membuat lawatan ke tapak projek.
    2. Membuat semakan dengan pejabat tanah mengenai hakmilik, nombor lot, jenis penggunaan tanah, sekatan kepentingan, jenis pegangan tanah samada kekal atau pajakan.
    3. Membuat perkiraan dengan teliti kedudukan kewangan sendiri seperti kelayakan mendapatkan pinjaman.
    4. Memberi pertimbangan sewajarnya kepada insurans perlindungan bagi jumlah pinjaman.
    5. Jangan mudah terpengaruh dengan rumah contoh atau lakaran rekabentuk rumah, mengamalkan sikap ‘tidak apa’ atau terpengaruh dengan situasi berebut-rebut untuk mendaftar. Keadaan-keadaan ini akan menyebabkan keputusan yang dibuat tidak tepat.
    6. Sekiranya mempunyai keraguan samada mengenai pemaju projek dan sebagainya, sila hubungi Bahagian Perlesenan dan Khidmat Nasihat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

 

 

 

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s