LANJUTKAN USIA TELEFON BIMBIT ANDA

  1. Kebanyakan telefon bimbit tidak tahan hentakan, tidak kalis air dan habuk. Binaan litar elektronik di dalam semua telefon bimbit adalah amat halus dan sebarang pendedahan kepada kepanasan, kelembapan dan cecair yang mengandungi mineral boleh menyebabkan hakisan ke atas litar-litar elektronik tersebut. Oleh itu, jangan biarkan telefon bimbit anda terdedah kepada faktor-faktor tersebut seperti meletakkannya di atas dashboard kereta atau di atas peti sejuk.
  2. Elakkan penggunaan telefon bimbit dengan cara kasar seperti menjatuh dan menghentakkannya kerana ia pasti akan merosakkan papan litar dalaman. Pendedahan kepada tempat berhabuk yang kronik boleh menyebabkan kotoran halus memenuhi ruang kecil pada permukaan telefon.
  3. Bersihkan telefon bimbit dengan cara mengelapnya menggunakan kain lembut yang telah dilembabkan sedikit dengan sabun dan air. Penggunaan bahan kimia penghakis, larutan pembersih atau serbuk pencuci yang kuat boleh merosakkan telefon bimbit.
  4. Kelasakan sesebuah telefon bimbit bergantung kepada ketahanan alat elektronik dan bahan plastik tertentu. Suhu terlalu tinggi akan merosakkan komponen-komponen tersebut. Begitu juga jika telefon diletakkan di tempat yang terlalu sejuk seperti di tempat sejuk beku, apabila digunakan semula pada suhu biasa, lembapan akan terbentuk di dalam telefon yang pastinya akan merosakkan papan litar elektronik dan mengganggu memori dan fungsi paparan.
  5. Penyelenggaraan bateri dan alat pengecas dengan baik juga amat penting ke arah menjamin prestasi optimum telefon bimbit. Kedua-dua komponen tersebut juga amat sensitif terhadap suhu sekeliling dan haba. Jika bateri kerapkali dicas terlalu lama, ia akan menjadi terlalu panas, memendekkan hayat bateri dan prestasinya akan semakin menurun.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s