MENYIMPAN KERETA DALAM TEMPOH LAMA

Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi. Malah bagi mereka yang sering berurusan di luar negara, pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan. Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama sama ada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya.

  • Langkah pertama ialah dengan mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.
  • Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, Ia bertujuan mengatasi masaalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak enjin dan penapisnya dahulu.
  • Titiskan minyak enjin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin hawa untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.
  • Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiator. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru.
  • Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.
  • Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual/tahan keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.
  • Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s