MEMANDU KETIKA HUJAN

Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan kenderaan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu menjadi kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.

Terdapat tiga aspek sebagai panduan jika berhadapan dengan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, iaitu:

  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan.
  • Semua pintu mempunyai pelapik getah (seal) yang baik.
  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian enjin, kotak gear, galas dan ‘bearing’. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan yang dinaiki air.
  • Pastikan sistem klac, sistem brek serta brek tangan di dalam keadaan baik.
  • Pastikan keadaan bunga tayar yang baik untuk cengkaman sepenuhnya.
  • Pengelap (wiper), hon dan sistem elektrikal iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik.

Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika melalui jalan yang dinaiki air, iaitu:

  • Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang dilalui dengan melihat had tinggi tayar.
  • Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memandu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi enjin khususnya bahagian sistem penyalaan.
  • Elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dibasahi air dan mengenai pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki.
  • Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.
  • Untuk yang menghadapi masalah penglihatan, jangan lupa cermin mata anda! Pastikan sentiasa ada di dalam kereta.

Berikut adalah beberapa teknik untuk mengeringkan brek dan mengujinya selepas dibasahi air:

  • Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik.
  • Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
  • Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek
  • Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj.
  • Uji tindakan di atas berulang kali pada jarak 20 hingga 30 meter.
  • Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s