ELAKKAN KECURIAN KENDERAAN

Faktor – Faktor Berlaku Kecurian Kenderaan

Kecuaian pemilik kenderaan itu sendiri;

  • Meletakkan kenderaan di tempat terpencil atau gelap di waktu malam;
  • Meninggalkan kunci di dalam kenderaan;
  • Meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan; dan
  • Tiada kunci tambahan

Tip Mencegah Kecurian Kereta

  • Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik. Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaannya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta.
  • Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat. Pada waktu malam, letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu yang mencurigakan.
  • Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac. Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh, tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
  • Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta sekiranya anda berasa was-was.
  • Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda (sandblasting).
  • Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)
  • Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya di tempat-tempat pemasangan yang bertauliah.
  • Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk di servis. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa di servis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa di servis.

Tip Mencegah Kecurian motosikal

  • Letak motosikal di tempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
  • Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
  • Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
  • Letakkan di tempat yang mudah dilihat pada waktu malam seperti di tempat yang terang dan berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu yang mencurigakan.
  • Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
  • Tanggalkan kepala ‘plug’ untuk melengahkan pencuri.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s