PENJIMATAN PETROL & DIESEL

  1. Elakkan mengisi minyak pada cuaca bersuhu tinggi. Isi pada waktu awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan tinggi.
  2. Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan tinggi akan mengakibatkan kehilangan lebih 45% minyak.
  3. Pandu kereta dengan kelajuan konsisten dan kurangkan penukaran gear.
  4. Kurangkan perjalanan jarak dekat dan kawasan bandar. Lebih banyak ‘traffic-light’ , kesesakan dan ‘road bumper’ bermakna lebih kerap anda membrek dan memecut yang menyebabkan kehilangan lebih banyak minyak.
  5. Naikkan cermin kereta semasa memandu. Ia akan menjimatkan minyak sehingga 10%.
  6. Pastikan tekanan tayar berada pada ukuran yang paling sesuai.
  7. Elakkan pemasangan aksesori luar yang tidak ‘aero-dynamic’ seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
  8. Buat pemeriksaan enjin dari semasa ke semasa.
  9. Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90 km/j. Semakin laju kenderaan, semakin banyak bahanapi digunakan.
  10. Jangan brek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahanapi hilang melalui geseran tenaga.
  11. Pastikan kenderaan disenggara dengan baik. Servis mengikut jadual.
  12. Periksa penapis udara dan penapis minyak (tukar pada setiap 40,000 km).
  13. Elakkan melalui kawasan sesak seperti kawasan sekolah dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dulu.
  14. Matikan enjin ketika sedang menunggu (ini yang selalu berlaku!).
  15. Guna tayar jenis ‘low profile’ dan mempunyai ‘special rubber compound’  (cengkaman baik dan mengurangkan rintangan).
  16. Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian kereta. Ikut ‘standard’ pengeluar. Penggunaan rim yang lebih besar akan meningkatkan bebanan kepada enjin.
  17. Isi minyak secara perlahan semasa di stesyen minyak.
  18. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki.
  19. Jangan membawa terlalu banyak barangan kerana akan menambah bebanan kepada enjin.
  20. Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki sedang mengisi tangki minyak di stesyen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak dari lori yang kuat semasa proses tersebut.
  21. Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan. Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan perjalanan.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s