KARAT PADA KERETA?

Masalah karat boleh mencacatkan badan kereta. Ia boleh berlaku melalui pelbagai cara, daripada kesan calar keci akibat tergores dengan basikal anak, troli pasaraya hinggalah kepada kesan tebuk kecil yang menembusi badan kereta.

“Tahukan anda, hatta tahi lembu yang lembab pun, jika terlanggar dan melekat pada badan kereta juga boleh menyebabkan bahagian kereta berkarat jika dibiarkan dalam jangka panjang!”

Kebiasannya, logam yang digunakan untuk membina badan kereta adalah teguh serta kuat dan tahan sepanjang hayat jika dilindungi dengan betul. Tetapi, jika membiarkan bahagian ini terdedah kepada unsur pencemaran alam, ia boleh membentuk kesan karat yang serius.

Kesan karat yang tidak dikawal akan merebak, malah jika tidak diambil peduli, kos membaik pulih kesan karat menjadi mahal.

Karat berlaku apabila ada kesan kelembapan pada logam binaan kereta. Walaupun bahagian logam binaan kereta dilindungi lapisan cat dasar dan lapisan cat metalik, dalam jangka masa panjang kesan calar akibat goresan atau pergeselan batu kecil boleh menyebabkan lubang kecil dan merosakkan bahagian permukaan cat kereta.

Lubang kecil ini membolehkan air menembusi bahagian logam berkenaan dan berlaku karat.
Antara tanda karat adalah terbentuknya kesan gelembung kecil di bawah lapisan cat kereta dan pemilik kenderaan seharusnya tidak membiarkan masalah itu berlaku.

Semua kenderaan terdedah kepada elemen yang boleh menyebabkan karat terutama di bahagian bawah kereta.
Bahagian bawah ini akan mengalami goresan, bercalar dan berlanggar dengan pelbagai objek yang melaluinya. Namun, ada kenderaan yang kurang mengalami masalah berkarat kerana ia dilindungi lapisan cat dasar. Lapisan perlindungan ini dapat melindungi bahagian ini dalam jangka waktu satu hingga tiga tahun.

Pemandu yang tidak bertanggungjawab akan memandu dengan kasar dan tidak mempedulikan komponen penting pada kereta. Jika bahagian bawah kereta kerap berlanggar dengan lubang atau bonggol jalan, ia akan menyebabkan komponen bawah seperti ekzos serta bawah enjin mengalami perlanggaran yang kerap.

Ia boleh menyebabkan kesan bocor dan akan bermula daripada lubang kecil sehingga menjadi lebih besar.

Apabila beberapa bahagian tertentu kenderaan berkarat, kereta perlu diperbaiki sebelum ia menjadi lebih teruk.

TIPS:

  1. Jika mengesan tanda karat, buang dengan pisau kecil. Kikis kesan karat itu bersama lapisan cat. Lakukan dengan cermat supaya tidak kena bahagian lain.
  2. Bersihkan bahagian itu menggunakan air suam dan sabun pencuci khas kereta untuk menanggalkan kesan ‘wax’ dan daki kotoran.
  3. Tutup sebarang lubang yang terjadi menggunakan ‘filler(bahan tampalan) berwarna putih atau warna tanah untuk diratakan di permukaan ini.
  4. Apabila kering, gunakan kertas pasir untuk digosokkan pada permukaan yang ditampal tadi untuk merata serta melicinkannya.
  5. Apabila telah rata dan bersih, sapukan cat asas bertujuan melindungi logam. Ia boleh memberi perlindungan berpanjangan bagi mencegah karat dari berulang.
  6. Setelah cat asas betul-betul kering, barulah boleh disapu cat kereta. Gunakan berus yang disertakan atau berus halus supaya dapat mengawal dan mengecat bahagian itu dengan teliti.
  7. Biarkan lapisan pertama ini kering sebelum diulangi sehingga lapisan permukaan kelihatan sama rata dan seimbang.
  8. Untuk penjagaan secara umum, langkah berikut boleh dilakukan; a) Periksa selalu lubang saliran pada rangka, lantai dan bahagian bawah kereta supaya lembapan tidak terperangkap pada bahagian terbabit. b) Pastikan bahagian bawah kereta disembur dengan pancuran air yang kuat, sebulan sekali. c) Buangkan objek yang menyerap lembapan dari bahagian dalam kereta untuk mengelakkannya berkarat.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s