AZAN & IQAMAT

SOALAN:

“Pernah saya pergi solat di surau bersama 3 orang rakan. Bila masuk waktu solat, bilal tak sampai-sampai. Antara kami tak ada pula yang berani azan, tak confident. Akhirnya kami solat 4 orang tanpa azan dan juga iqamat. Sah ke solat kami?” 

JAWAPAN:

Azan maknanya pemberitahuan. Bila ia berkumandang bermakna pemberitahuan tentang masuknya waktu solat. Iqamat pula pemberitahuan tentang solat yang akan didirikan. Azan memang disyariatkan. Dalam al-Quran ada disebut, yang bermaksud:

“Dan apabila kamu menyeru akan solat…” (Surah al-Ma’idah: 58)

Sebenarnya azan ini hukumnya sunat, bukan wajib. Bermakna, dapat pahala kalau dibuat dan tak berdosa jika ditinggalkan. Mana-mana pun boleh azan, di rumah, padang bola, di pantai dan sebagainya. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

“Apabila engkau berada bersama kambing peliharaanmu atau di padang lalu engkau laungkan azan, maka tinggikanlah suaramu. Sesungguhnya tidak mendengar akan suara azan oleh jin, manusia dan sesuatu melainkan menjadi saksi pada hari kiamat.” (Riwayat Bukhari)

Begitu juga iqamat. Ia bukanlah rukun solat yang akan membatalkan solat jika tidak dilakukan. Cuma kita telah meninggalkan suatu sunnah Nabi s.a.w.

OLEH ITU, KALAU SOLAT TERSEBUT TAK ADA AZAN, IA TAK MEMBATALKAN SOLAT. CUMA TAK DAPATLAH PAHALA AZAN YANG BESAR GANJARANNYA.

1 Comment

  1. Tahniah,

    alhamdulillah.. kdg2 benda mudah2 ni pon org x tau.. tahniah


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • visitor

  • BARU!! REKA FONT SENDIRI

  • GetResponse

  • WebsiteWizard

  • COST FREE BIZ

  • HyperTracker

  • E.BookGold

  • mytipsBOX’s zone

    Meet & Keep The Right Man
  • ARTHRITIS?

    Arthritis Pain? Jack Goldstein M.D. said to me, "Arthritis is the Easiest Disease to Cure"

    If you or someone you know suffer from arthritis. I'll show you how “I Cured My Arthritis You Can Too", naturally. I know that my program will help you, I Guarantee It.

    Go to: http://www.1shoppingcart.com/app/?Clk=3396980