PERSEDIAAN BERHENTI MEROKOK

Kalau anda bersedia nak berhenti merokok, Alhamdulillah…kemungkinan untuk anda BERJAYA adalah lebih cerah! Untuk  membantu anda bersedia untuk berhenti merokok, anda boleh cuba langkah-langkah macam berikut;

MEMAHAMI BILA DAN KENAPA ANDA MEROKOK– Bila anda tau kenapa anda merokok, anda boleh rancang cara mana melalui kehidupan tanpa merokok ni. Contohnya, anda akan merokok dengan lebih kerap bila lepak dengan kawan-kawan kat kedai kopi…(pantang tengok kawan pasang, kita pun otomatik pasang jugaaak!). Jadi anda harus bataskan pertemuan macam ni (bukan tak boleh…cuma kurang-kurangkan). Woi..zaman sekarang ni, bukan lelaki je dik oi, anak gadis pun sama, kalau melepak, mengalahkan lelaki…puh sana, puh sini..Pendek kata, dengan mengetahui kenapa dan bila anda lebih berkemungkinan merokok, boleh memudahkan anda bersedia menghadapi masa-masa tersebut ketika mana desakan atau keinginan untuk merokok tu timbul. Lagi bagus, buat dan simpan suatu catitan harian atau diari mengenai amalan merokok anda untuk beberapa hari. Setiap kali anda merokok, tuliskan masa anda merokok, keadaan ketika mana anda berada dan sebab apa anda merokok. Tandakan, ketika mana keinginan merokok paling memuncak. Ringkasnya, buat nota yang ada 4 kolum, mengandungi butir-butir seperti TARIKH, SITUASI, MASA & SEBAB MEROKOK. Susah? Leceh?…Mmm, kena disiplin sikitlah-nak seribu daya kan..

UBAH KEBIASAAN MEROKOK– Adalah lebih mudah bagi anda berhenti merokok kalau anda dapat mengatasi kebiasaan merokok yang diamalkan sebelum ini. Mulakan dengan;

  • Ubah cara dan gaya anda merokok, hindarkan merokok  pada masa yang biasanya anda merokok, pegang rokok dengan gaya yang berbeza, tukar kepada jenama lain atau ikat kotak rokok dengan gelang getah-biar susah sikit nak buka.
  • Ubah situasi atau keadaan ketika mana anda biasa merokok. Pilih tempat yang tak sesuai atau selesa untuk merokok. Contohnya, kalau melepak kat kedai kopi duduk dalam ruang air-cond! (hati mau tabah lee)
  • Mula kurangkan kekerapan merokok. Contoh, cuba tidur malam lebih awal. Lagi lewat tidur, lagi besar kemungkinan untuk merokok (tambah2 bila tengok bola..).

TETAPKAN TARIKH NAK BERHENTI– Penting untuk anda tentukan sendiri tarikh untuk berhenti merokok. Elakkan hari-hari bilamana anda akan mengalami tekanan, sebaliknya cari tarikh-tarikh bermakna bagi anda seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Pastikan anda betul-betul bersedia nak berhenti merokok. Pada hari ‘bersejarah’ itu, rancanglah aktiviti-aktiviti untuk mengubah rutin biasa untuk menjauhkan keinginan atau ‘gian’ nak merokok.

DAPATKAN SOKONGAN– Hebohkan pada keluarga, kawan-kawan rapat, ‘girlfriend/boyfriend’ dan rakan sekerja bahawa anda telah BERHENTI MEROKOK dan dapatkan sokongan dari mereka. Lebih baik lagi, ajak geng-geng anda untuk join sekali supaya masing-masing dapat saling menyokong.

RANCANG KEHIDUPAN HARIAN TANPA MEROKOK– Semasa melalui hari-hari tanpa merokok, anda perlu merancang bagaimana nak atasi keadaan atau situasi bilamana anda rasa ketagih nak merokok. Contohnya, tiap kali lepas makan atau nak ke tandas, anda mesti tak ‘miss’ kepit rokok. Perancangan yang rapi membolehkan anda melalui kehidupan ini dengan lebih tenang, yakin dan ceria. Contoh, rancangkan apabila lepas makan, ubah dari merokok kepada membaca! Bagi saya yang ‘giler’ membaca, kalau dah mula baca memang payah nak ‘stop’ sampai lupa nak merokok! 

SEKIAN. InsyaAllah..pos akan datang, saya akan bagi tips semasa tarikh mula berhenti merokok pulak ya..

Salam!

CARPRO@mytipsbox

 

 

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s