18 TIPS KURANGKAN BELANJA BELI PAKAIAN

  1. Sebelum membeli pakaian baru, fikir dulu masak-masak samada anda betul-betul memerlukannya atau tidak. Kalau tak berapa memerlukan untuk waktu itu, elok tangguhkan niat tersebut.
  2. Jika membeli dengan menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran sebelum tempoh (due date).
  3. Cuba tunggu untuk membeli pada musim jualan promosi atau jualan hujung tahun.
  4. Beli pakaian terpakai tetapi seakan baru yang lebih murah atau pakaian ‘reject’ dari kilang.
  5. Jika anda ejen syarikat jualan langsung, beli pakaian dari syarikat ini. Pelbagai diskaun boleh anda dapat.
  6. Jual pakaian lama melalui garage sale/boot sale dsbg, dapat duit-beli pakaian baru.
  7.  Ubahsuai pakaian anak yang dewasa untuk diguna oleh adik-adik.
  8. Kerosakan kecil pada baju atau kasut, eloklah dibaiki sendiri.
  9. Beli pakaian yang berkualiti sahaja. Biar mahal sedikit tapi boleh guna lama.
  10. Beli pakaian dengan warna yang versatil supaya boleh digunakan semasa bekerja atau untuk apa-apa majlis.
  11. Selepas digunakan, kasut hendaklah dibersih dan digilap sebelum disimpan. 
  12. Pakaian anak yang dewasa bolehlah diwarisi oleh adik-adik.
  13. Pakaian berasaskan kulit perlu dijaga dengan baik agar boleh diguna untuk jangka lebih lama.
  14. Pakaian kanak-kanak elok dibeli sedikit besar agar boleh diguna lebih lama. Kanak-kanak cepat membesar.
  15. Jangan ‘shopping’ lama-lama untuk pakaian. Akibat rambang mata, pakaian yang tak perlu pun turut dibeli.
  16. Pakaian yang berharga mahal, tidak menjanjikan kualiti yang baik. Oleh itu, perlu periksa dengan rapi.
  17. Apabila ber’shopping’ dan tak jumpa apa yang dicari, balik saja dan cuba lagi di lain masa.
  18. Ukur baju di badan sendiri. Jangan suka ikut orang. Kadangkala, harga sesuatu pakaian itu di luar kemampuan kita dan tidak sesuai pula dengan fizikal kita.

Salam!

CARPRO@mytipsbox

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • visitor

  • BARU!! REKA FONT SENDIRI

  • GetResponse

  • WebsiteWizard

  • COST FREE BIZ

  • HyperTracker

  • E.BookGold

  • mytipsBOX’s zone

    Meet & Keep The Right Man
  • ARTHRITIS?

    Arthritis Pain? Jack Goldstein M.D. said to me, "Arthritis is the Easiest Disease to Cure"

    If you or someone you know suffer from arthritis. I'll show you how “I Cured My Arthritis You Can Too", naturally. I know that my program will help you, I Guarantee It.

    Go to: http://www.1shoppingcart.com/app/?Clk=3396980