IB001 IDEA BISNES LUARBIASA

IDEA #1 BISNES SANDWICH

Sirivat Voravetvuthikun berumur 56 tahun merupakan seorang broker dan pelabur saham yang kaya dan terkenal di Bangkok, Thailand.

Namun semuanya berubah apabila kejatuhan pasaran saham dan kegagalan projek kondominiumnya ketika krisis ekonomi melanda Asia pada 1997. Beliau jatuh miskin!

Beliau sudah bankrap namun 20 pekerjanya masih setia bersamanya. Tanpa mengenal putus asa, beliau dapat idea menjual sandwich secara bergerak dengan dibantu pekerjanya.

Perlu diingat, Thailand adalah antara negara yang paling teruk dilanda krisis. Semua orang merasakan keperitan hidup dengan kos kehidupan yang membebankan. Oleh itu, ramai pekerja di Bangkok makan sandwich untuk menjimatkan wang.  Seterusnya, jualan sandwich Sirivat melambung tinggi dengan permintaan yang meningkat mendadak!

Bermula dari itu, tertubuhlah SIRIVAT SANDWICH!

Kejayaan dan kegigihannya mendapat perhatian dan pujian dari banyak pihak. Kejayaannya menjadi simbol ketabahan dan kegigihan rakyat Thai. 103 pihak media dari seluruh dunia termasuklah CNBC, BBC World, CNN dan NHK telah menemuramah beliau atas kejayaannya itu!

Ikuti gambar dan kisahnya di http://www.sirivatsandwich.com


IDEA #2  McDonald’s Kalah di Filipina?

Ini pula kisah usahawan Filipina yang berjaya mengalahkan gergasi makanan segera, McDonald’s di negaranya sendiri.

Tony Tan Caktiong mula berniaga kedai aiskrim Magnolia sejak 1978. Kemudian lahirlah Restoran Jollibee dan ianya mula menghidangkan makanan panas seperti sandwich dan spaghetti.

Apabila restoran makanan segera dari Barat memasuki pasaran Filipina, Tony tahu beliau harus bertindak segera bagi melindungi perniagaannya. Lantas, Restoran Jollibee menukar bentuk operasinya kepada gabungan McDonalds, Delifrance dan Pizza dengan citarasa tempatan!

Taktik beliau berjaya! Pada hari ini, rakyat Filipina lebih gemar mengunjungi Jollibee berbanding McDonald’s kerana citarasa tempatannya. Pada 2001, jualan Jollibee adalah sebanyak 15 billion peso berbanding McDonald’s hanya 8 billion Peso.

Hari ini, Jollibee mempunyai 988 cawangan di Filipina dan 24 restoran di 7 buah negara!

Dapatkah anda lihat, tidak salah mengambil model perniagaan lain, tetapi jadikannya lebih baik dan sesuai dengan budaya setempat!


Lawati http://www.jollibee.com.ph

 

IDEA #3 Jutawan Kacang!

John Mautner adalah seorang akauntan yang berjaya, bergaji besar, memiliki rumah di tepi pantai dan mempunyai kewangan yang amat kukuh! Namun beliau tidak gembira kerana terpaksa bekerja keras sehingga 18 jam sehari dan tiada masa untuk keluarganya. Oleh yang demikian, beliau nekad meletakkan jawatannya!

Pada satu ketika, John mendengar bapanya merungut tentang kacang panggang yang banyak dijual di gerai-gerai di tepi jalan di Eropah sekembalinya dari bercuti di sana.

Dengan sedikit penyelidikan, John merasakan  bahawa dengan lokasi yang betul dan produk yang hebat, peniaga gerai boleh mendapat keuntungan lumayan tanpa kos operasi dan upah pekerja yang tinggi.

Walaupun tiada pengalaman memasak, John cuba ‘bermain-main’ dengan beberapa jenis kacang dan rempah di dapurnya dengan tujuan mencari hidangan kacang dengan perisa terbaru!

Akhirnya beliau memilih perisa kacang almond bersalut gula, kulit kayu manis dan beberapa adunan sos yang dirahsiakan… dan menamakannya ‘The Nutty Bavarian’.

John memulakan bisnes kacangnya dengan satu gerai di sebuah pasaraya. Pada masa yang sama, bekas rakan sekerja dan juga pelanggan di firma akauntan yang terserempak dengannya menganggap John ‘nuts’ (gila)! Seorang akauntan berjaya menukar kerjaya menjual kacang di pasaraya!

Namun cubaan pertamanya mendapat sambutan luar biasa. Orang ramai sangat sukakan kacang jualannya!

Kini, selepas 3 tahun, John memiliki lebih 50 gerai di pasaraya utama dan stadium sukan terkemuka. Jualannya mencecah $3 juta setahun!


Demikianlah kisah akauntan dengan kehebatan kacangnya!


IDEA #4 . Web Hasilkan $1 Juta Dalam 4  Bulan?!

Ini kisah seorang remaja yang telah menghasilkan idea yang benarbenar ‘brilliant’ dan tulin!

Berasal dari keluarga yang susah, Alex Tew dari Wiltshire, England selalu merasakan dirinya tak bernasib baik, lebih-lebih lagi stokinnya selalu tak cukup sepasang! Dia sedih dengan perkara ini.

Namun dia selalu mencari jalan untuk menampung pelajarannya sekiranya diterima masuk ke University of Nottingham. Dia merasakan dia takkan menghadapi masalah sebegini sekiranya dia adalah seorang jutawan.

Lalu Alex mengambil kertas dan menulis perkara-perkara yang akan menjadikannya jutawan! Akhirnya beliau dapat satu idea iaitu jual pixel!

Pixel adalah titik kecil yang membentuk skrin komputer anda. Alex dapat idea menjual ruangan iklan dalam bentuk pixel dengan harga $1 untuk satu pixel dengan belian minima 100 pixel (10×10) setiap pelanggan!

Dengan menamakan laman webnya ‘Million Dollar Homepage’, Alex bertekad menjual 1 juta pixel kepada orang ramai. Tanpa di sangka-sangka, laman webnya popular dengan publisiti yang diberikan oleh BBC dan CNN!

Kini beliau jadi jutawan setelah 1 juta pixel berjaya dijual dalam masa hanya 4 bulan!

Tahukah anda apakah benda pertama yang dibelinya setelah menjadi jutawan? Sepasang stokin dengan sulaman berbentuk pixel yang dibelinya dengan harga £3.65!

Alex memang hebat. Saya tabik spring!!!

Lawati The Million Dollar Homepage – Own a piece of internet history!           http://www.milliondollarhomepage.com

WAH! MACAM-MACAM IDEA ADA DALAM DUNIA NI. JIKA ANDA MAHUKAN IDEA SEPERTI INI, KAMI MEMPUNYAI  LAGI 50 IDEA LUARBIASA. JIKA BERMINAT, BOLEH DAPATKAN DARI KAMI DENGAN HARGA RM 9.90 SAHAJA. CUMA KLIK IKON KAEDAH BAYARAN DAN IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN. (MANA TAU ANDA PUN BOLEH DAPAT IDEA YANG LEBIH CANGGIH..EM?)

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • visitor

  • BARU!! REKA FONT SENDIRI

  • GetResponse

  • WebsiteWizard

  • COST FREE BIZ

  • HyperTracker

  • E.BookGold

  • mytipsBOX’s zone

    Meet & Keep The Right Man
  • ARTHRITIS?

    Arthritis Pain? Jack Goldstein M.D. said to me, "Arthritis is the Easiest Disease to Cure"

    If you or someone you know suffer from arthritis. I'll show you how “I Cured My Arthritis You Can Too", naturally. I know that my program will help you, I Guarantee It.

    Go to: http://www.1shoppingcart.com/app/?Clk=3396980